Selamat Datang ke GEDUNG SIHAT - " Your One Stop Nutrition's Blog "

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Admin di 013-4403300
atau lawati laman facebook

Wednesday, June 26, 2013

Cara Makan Vitamin Shaklee

Mari Kita Mulakan Dari ASAS..

Cara Makan Vitamin Shaklee (tak kira Vitamin apa2pun)

Secara amnya, saya mencadangkan pengambilan suplement adalah pada waktu MALAM.
Kerana secara TEORInya, vitamin2 ini akan mudah diserap oleh badan semasa tubuh kita dalam keadaan REHAT. Jadi masa TIDUR adalah masa yang terbaik. Tapi pastinya tak semua orang berkesempatan untuk mengambil vitamin just right before sleep.

Memandangkan, vitamin diambil dalam set (utk melengkapkan Nutrisi), contohnya kalau ibu menyusu, pasti perlu mengambil B-Complex, Vitamin C, Vita-Lea, Alfalfa, plus Ostematrix dan ESP sebagai yang wajib... itupun kalau tak ditambah yang sunat seperti OmegaGuard, GLA Complex ke, Lecithin ke.

Jadi perlu ada pengetahuan utk segala vitamin apa yang kita makan tu BERKESAN
Untuk menyenangkan jadual pemakanan & pengambilan Vitamin / Supplement, kita cuma perlu alert kepada beberapa RULES. Ikut je rules ni, insya Allah Selamat & Berkesan (dengan izin Allah SWT)


VITAMIN LARUT AIR (B dan C) 
 Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) 
 Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

OSTEMATRIX (Kalsium) 
Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

LECITHIN
Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.

APA YANG TIDAK DIGALAKKAN

1. JANGAN Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.

2. JANGAN Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.

3. Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin &  mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.

4. JANGAN Mengambil suplemen bersama minuman berkafein kerana inaya mengurangkan kadar penyerapan suplemen secara efiesien!


JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE


Waktu
Cadangan Pengambilan
Pagi
 B Complex dan Vitalea untuk memberi kesegaran dan ‘mood’ yang baik.
Minum Pagi
 ESP
Tengah Hari
 Vitamin C dan Alfalfa
Minum Petang
  ESP
Makan Malam
Lecithin/Kalsium/Vitamin E
Supplement
Cadangan Pengambilan
Zinc
Seminggu dua kali kecuali mereka yang ada masalah rambut yang serius.
Nutriferon
Seminggu sepeket setiap hari (Kecuali waktu sakit).
Meal shake
Boleh dibancuh dengan ESP dan PD jika ada.
Alfalfa
Ambil ikut kesesuaian.Untuk ibu menyusu, masa terbaik selepas pam di ambil bersama ESP.
Lelaki juga boleh guna jadual ini mengikut kesesuaian.

Cadangan di atas adalah secara praktiknya adalah berdasarkan tindakbalas bahan, vitamin dan mineral dan berkadarkan kesesuaian pemakanan serta penyerapan mineral tubuh seseorang. Sekiranya  merasakan keadah pengambilan vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba menyusun semula jadual berlandaskan syarat dan kesesuaian aktiviti serta pemakanan anda. 

Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan sekali lagi masih bergantung kepada kemampuan dan kesesuaian tubuh badan individu menyerap, menyalur dan mengaplikasikan mineral serta vitamin berkaitan.

             Untuk pertanyaan, maklumat lanjut & khidmat nasihat, sila hubungi :
SMS / Call / Whatapps / WeChat :  013-5215300 (Annur) / 013-4403300 (Azhar)
           http://www.facebook.com/gedungsihat | azharannur@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh/ atau mencegah sebarang penyakit.

0 ulasan:

Post a Comment